Majlis Iftar & Solat Terawih Kg Seri Bengkal Bersama Pegawai Daerah Batu Pahat & Ketua-Ketua
- Biro Maklumat & ICT
- Jun 25, 2016
- 1 min read
Satu majlis berbuka puasa dan solat terawih Kg. Seri Bengkal bersama Pegawai Daerah Batu Pahat Tuan Haji Mohd Halim Bin Hasbullah, telah diadakan pada hari Rabu 15 Jun 2016 yang lalu. Majlis ini disertai semua ketua-ketua jabatan di Pejabat Daerah Batu Pahat dan juga penduduk Kg. Seri Bengkal. Majlis yang bermula pada jam 06.30 petang telah berjalan lancar dan meriah dimulai dengan iftar. Antara program yang dijalankan ialah solat maghrib berjamaah diikuti dengan makan malam. Selepas solat isyak berjamaah, para jemputan bersama-sama penduduk kampung menunaikan solat terawih dan witir. Para tetamu dan penduduk kampung sekali lagi dihidangkan dengan juadah bubur durian. Semoga segala ibadah diterima oleh Allah dan semoga majlis ini dapat merapatkan lagi ukhwah antara penduduk kampung dan pemimpin setempat.
Comments