
Satu medium perkongsian maklumat-maklumat di
Kg. Seri Bengkal, Batu Pahat Johor.
SK Seri Bengkal
Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal atau nama ringkasnya SK Seri Bengkal, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Seri Bengkal.
​
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal memiliki 119 pelajar lelaki dan 107 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 226 orang. Ia mempunyai seramai 19 orang guru.
​
​Pada tahun 1929 Kerajaan Negeri Johor telah mendirikan sebuah sekolah melayu di kampung ini dan diberikan nama Sekolah Melayu Seri Bengkal sempena nama sepohon pokok Bengkal yang tumbuh di kuala Parit Uyub. Jadi kawasan yang disebelah laut terus dinamakan sebagai Kampong Seri Bengkal. Ketua UMNO ketika itu En. Hashim bin Abd. Manaf dan dilantik sebagai Ketua Kampong Seri Bengkal dan Parit Uyub tetap kekal disebelah darat dan juga kekal sebagai salah sebuah kampong rangkaian Seri Bengkal