Mesyuarat JKKK Kali 1/2016 & Pelantikan Jawatankuasa Sesi 2016/2018
- Biro Maklumat & ICT
- Jan 31, 2016
- 1 min read

Mesyuarat kali pertama JKKK Kg Seri Bengkal telah diadakan pada hari Jumaat 29 Januari 2016 yang lalu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan buat pertama kalinya oleh ketua kampung yang baru iaitu En. Md. Nizam Bin Hj. Md Lajis. Selain mengekalkan beberapa ajk yang lama, En. Md. Nizam turut melantik beberapa muka baru sebagai ahli jawatankuasa. Di dalam mesyuarat ini beberapa isu telah dibincangkan demi kesejahteraan dan keceriaan Kampung Seri Bengkal. Penyerahan sijil pelantikan telah turut diadakan. Diharapkan kerjasama erat dikalangan ajk serta komitmen ketua kampung yang baru dapat memajukan lagi kampung ini.
Comments