top of page

Tradisi Program Marhaban Kg Diteruskan

  • Biro Maklumat & ICT
  • Jul 16, 2016
  • 1 min read

Sambutan hari raya pastinya tidak meriah diraikan di suatu kawasan sekiranya program marhaban ataupun ziarah rumah ke rumah tidak dilakukan. Kampung Seri Bengkal juga tidak terkecuali dimana program tradisi setiap tahun ini telah diadakan bermula pada malam hari Selasa 12 Julai 2016 dan berakhir pada Jumaat malam 15 Julai 2016.

Program ini menjadi meriah kerana disertai kesemua penduduk kampung tidak kira kanak-kanak, remaja dan dewasa. Lebih meriah lagi dengan kehadiran perantau-perantau yang pulang ke kampung turut serta di dalam program ini.

Selain meriah dengan juadah yang enak di setiap rumah pastinya pemberian duit raya ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak. Diharapkan tradisi ini dapat diteruskan kerana selain dapat bermaaf-maafan, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.


 
 
 

Comments


Who's Behind The Blog
Recommanded Reading
Search By Tags
Follow "THIS JUST IN"
  • Facebook Basic Black
  • Twitter Basic Black
  • Black Google+ Icon
Donate with PayPal

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

bottom of page